Friday, January 28, 2011

RALAT

Masa umur aku 6 tahun
Aku lemas dekat sungai
Masuk hospital tak ingat berapa hari
Dan mak sentiasa ada kat sebelah aku
Setiap kali buka mata..dia ada kat sebelah..
Walaupun mak tak dapat tidur malam sbb tak selesa
Tapi dia tetap tegar tinggal kat hospital
Sebab nak teman anak bongsu dia ni..


Bila aku umur 16 tahun
Mak aku kena lalui satu operation
Dia mintak aku teman kat hospital
Tapi aku tak tunaikan permintaan dia
Sebab takmau ponteng sekolah.
Dan lepas mak balik dari hospital
Mak memang tak gembira
Mak tak cakap.
Aku tau mak tak gembira..
Tapi masa dah berlalu pun.

5 tahun berlalu.
Perkara tu masih ada dalam ingatan aku.
Aku tulis surat dekat mak sempena mother's day
Mintak maaf dengan tindakan aku 5 tahun dulu
Sesalan yang tak dapat nak aku undur balik.
Yang pasti aku boleh buat perubahan untuk jadi yang lebih baik...
Dan sampai sekarang aku cuba lakukan yang terbaik utk MAK

Sampai sekarang aku terbayang perasaan mak, bila dia buka mata lepas sedar dari operation, dan tengok anak dia takda kat sebelah..
Itulah RALAT terbesar dalam hidup aku selama 26 tahun bernafas di dunia ni.



2 comments:

Mengkuang berduri said...

ala...sedihnye.. i pun nak jaga mak i juga..i pun sayang mak.. huhuh

arixahmad said...

Kaksita..ha sayangilah ibu anda sementara dia ada :)