Friday, January 21, 2011

Menyelam di laut dalam

OK hari ni hari Jumaat yang terkejut!
Dan sempena Jumaat yang terkejut ni, aku nak bermuhasabah diri :)
Apa yang aku nak dalam hidup yang aku dapat fikirkan sekarang?
1. Msc
2. Kerja
3. Kawen

Walaupun hanya sempat fikir 3 perkara saja, tapi amaun tu berganda macam 3 ribu perkara.
3 perkara tersebut walaupun nampak simple dgn satu perkataan saja, tapi impak tu sangat besar.
Bila aku muhasabah diri, 3 perkara ni sangat besar dan hebat dalam hidup aku..Sebab untuk mencapai 3 perkara ni, akan wujud tanda soal (?) dalam kepala..5WH 1H questions..what, why, when, where and who...termasuk lah how?
Untuk mencapai sesuatu yang HEBAT, apa yang mesti kita ada ialah "kesabaran, ketabahan dan pengorbanan"
Apa saja laluan yang kita sedang hadapi dan bakal hadapi, kena lalui dengan tenang, sabar dan tabah...
Kalau kita inginkan sesuatu yang HEBAT dan BESAR, pengorbanannya pun mestilah HEBAT dan BESAR...contoh macam kalau nak beli kereta mini cooper S lah..mesti la kena korbankan duit yang banyak..macam tu lah situasinya..
So apa yang aku sedang lalui sekarang, pada mulanya adalah TEKANAN..tapi bila difikirkan, semua yang aku nak, besar-besar dan hebat belaka..makanya..aku perlukan kesabaran dan ketabahan yang tinggi, diiringi pengorbanan yang besar serta usaha yang lebih.
Sepertinya aku sedangan menyelam di LAUTAN yang sangat dalam untuk mencari sesuatu yang istimewa kat dalam laut..mungkin mutiara, mungkin harta karun, mungkin keluarga duyung..
Masa menyelam, pasti aku jumpa coral yang cantik, ikan-ikan yang warna warni dan pada masa yang sama, mesti akan jumpa ikan buntal yg banyak duri, coral yang tajam, pastu silap2 pirana pun ada..pastu mungkin todak! kalau aku tabah, kuat semangat dan bersabar dan ambik risiko utk digigit ikan2 ganas, pasti akhirnya aku dpt temui harta karun tu..walaupun perjalanannya sangat panjang...begitulah kehidupan seorang manusia..setiap langkah, keputusan dan tindakan pasti ada risiko..dan semua itu adalah learning proses untuk jadikah aku lebih matang dan mahir dalam sesuatu aspek..

Untuk sahabat-sahabat di luar sana yang baru nk menyelam atau sedang menyelam...kuatkan semangat... Allah akan memberi apa yang kita usahakan..We will earn what we deserve..

p/s: walaupun aku tak reti berenang apatah lagi menyelam..tapi imaginasi aku dapat merealisasikannya :)

2 comments:

Siti said...

kadang2 fikir balik majoriti orang punya cerita tak best buat master! Bila reflects balik cam wah susah gila buat master..ni belum lagi phd huhu. nak senyum puas tu maybe adalah . aku ingat kata hang, "biar lambat, asal habis." haha

arixahmad said...

That's the way it should be..hanya orang yg bersusah-susah utk dapatkan apa yg diinginkan akan rasa bahagian dan istimewa dgn apa yg dicapai.. good luck dear!