Saturday, August 1, 2009

The memory of Yasmin Ahmad ....




Tadi baru ja tgk Majalah3 - tribute to Yasmin Ahmad
Memang merambu-rambu air mata bila sampai part mak dia ;(
Mak dia menangis-nangis cerita betapa dia sangat sayang pada arwah Yasmin,
Betapa dia memuji-muji anak dia - arwah Yasmin Ahmad..aku ni sensitip skit bila ckp pasal mak ni. Dan betapa bertuahnya org yg bernama Yasmin Ahmad, bila mak dia tak henti2, cerita pasal kebaikan dia terhadap maknya dan keluarga - dalam apa jua tindakan dia, percakapan dia, dia akan dahulukan mak dia. Dia mendapat restu mak dia dalam apa jua yg dia nk buat..itu yg paling penting dalam kehidupan dia. Mak dia ckp kalau dia ter'meninggikan' suara bila bercakap dgn mak dia, after a minute dia dtg mintak ampun..then dia akan kenalkan pada org "ini mak dia"- mmg mak dia yg utama..syurga dia mmg di tapak kaki mak dia. Then kalau mak dia marah adik-adik dia, dia akan panggil adik2 dia dan kata - dia sgt sayang mak dia, sgt menjaga dan tak mau org lain buat mak dia menangis pun. Dan dia selalu called mak dia dan akan tanya "mak happy tak hari ni" - telefon utk tny yg tu ja dan nk pastikan mak dia happy dan sihat - itu dah cukup buat mak dia mengenang kemuliaan arwah Yasmin.
Masa tgk kisah Yasmin Ahmad, aku teringat dgn diri sendiri. Kalau aku meninggal sblm mak aku, adakah dia pun akan kenang aku sehebat mak Yasmin mengenang dia? Mmg bila tinggal away from mak aku (i mean staying 5 days a week in USM) aku selalu teringat ttg mak aku yg lonely kat rumah, and always talk to my friends yg aku mmg tak happy kat USM lama2 dan biar mak aku kat rumah - walaupun mak tinggal dgn tok, tapi kehadiran anak di sisi mmg tak sama. Mak always want me to go home on Friday, tapi apa boleh buat, seminggu kat USM, bilik hostel berkenjah, baju minggu lepas tak berlipat, yg minggu ni tak berbasuh, so sblm balik need to tidy up the room :). Bila balik hujung minggu tu mcm2 nak buat dgn mak..harap mak aku happy walaupun 2 hari.. "Allah dan permudahkan segala-galanya utk e balik utk teman mak bila hujung minggu"
Baru-baru ni mak called ckp tangan dia tersepit gate, dan tunggu aku balik nak tunjuk, so aku ckp ok nti balik e letak minyak. Dia suruh balik hari Jumaat, nk tunjuk lebam tu, tapi aku balik Sabtu walaupun sempat lg tgk lebam, tapi hati ni dah tak happy - sampai skg tak sapu ubat lagi sbb bz ke sana sini hari ni. I always say that I don't want to make promise to my mother but I just want to do my best for her. Apa2 pun nak mak senang, happy, tak bersedih, bila dia sedih, aku kat USM menangis jugak. Dan mmg aku berniat nak habiskan Msc akhir tahun ni, harap aku sendiri berusaha ke arah tu. Memang aku dedicate Msc aku ni kat mak aku yg paling utama. Memang mak lah yg paling hebat, special dan mantap dalam hidup e. . I always have the reason why I tak suka makan kueh kat luar, lauk kat luar. Dan aku pernah bawak kawan2 dtg umah makan laksa dan kueh seri muka - dan mmg mendapat pujian :D Masakan mak paling sedap kat dunia ni. Couldn't agree more..muakkksss.
Mak jugaklah yg jadi pendengar setia bila aku happy dan sedih. Pasal research, supervisor, cinta (gee whiz!!).......dan pasal duit :D
Mak mmg org yg tabah, tegas, kelakar, rajen, semua2 lah..Im proud of U mak..really..walaupun mak aku tak baca blog ni, tapi nak ckp jugak " e sayang mak sangat, sangat mengutamakan mak dalam apa jua keadaan, I just want u to be happy and healthy.."
Pernah satu kali aku berangan utk habeskan Msc aku, siap berangan viva, siap nanges2 punya berangan - aku ada menyimpan hasrat dan akan di bagitau bila ter'realisasi' nanti, insyaallah. Harap2 Allah mengizinkan ia berlaku..
Dan bila ckp ttg kawen, aku mmg ada alasan yg sgt kukuh utk tak kawen lg - sbb still dok mintak duit kat mak, guna duit mak, so tak boleh kawen :D. Dan memandangkan aku memeram lesen selama 7 tahun, mak-lah yg bawak aku ke mana2 termasuk nk p jumpa kawan lelaki masa zaman muda2 galak berchenta dulu..:-P..skg dah berusia, tak sesuwai nk berchenta-chenta lagi dah :D
So, sesiapa di luar sana yg pernah propose utk kawen dgn aku, harap tunggu lah kalau nak tunggu :D
Sebenanrnya masa tgh tulis2 blog ni, aku tgh layan Mukhsin, sebuah karya arwah Yasmin Ahmad..aku igt lagi dulu aku p tgk wayang cita ni dgn mak, abg n kakak aku..- suka tgk part akhir mak dia nyanyi ngn ayah dia dlm movie ni...mmg hebat la kalau ckp tentang kaseh syg dan Yasmin Ahmad..

p/s :Kita doakan yg terbaik buat Arwah Yasmin Ahmad di sana, urusan lain biar yg maha mencipta yang menilai..jangan la nak ada sangsi ttg kehidupan dia semasa dia hidup di dunia ni..




4 comments:

Anonymous said...

nice writings. :-) menyentuh hati..blh nanges pny wei...

arixahmad said...

i know, u have the same feelings towards ur mother too :)

husna said...

aku dah nangis dah ni wei
huhuhuhuhu
aku sayang mak aku. aku rindu mak aku!

p/s:aku tak tgk la majalah 3 semalam...huhuhuhu..sedehh

arixahmad said...

apasai hang p nanges
nanges kat cita yasmin ka
nanges apa neh??
aku teriak terus kat mak aku
haha