Wednesday, March 19, 2008

Kehidupan 2008..any achievement?

Dah lama aku tinggal ruang blog aku ni..actually I have lots of ideas..but then I dunno where did I put my fingers..sampai betol2 malas nak tulis blog..Kadang-kadang bila idea tu datang bercambah..aku plak yang tak tau nak hamburkan kat mana...satu persoalan dalam otak aku ni..kat mana nak express aku pny idea n pemikiran yg macam2 ni..BLOG..BLOG..BLOG..Lots of things happened to me..ada yg berubah, bertambah, ups n downs..banyak sangat nak di tulis..sampai kena separate idea tu suma..since thn 2008 dah berlalu almost 3 bulan..tapi rasanya belum ada apa2 pencapaian dalam hidup ni di usia 23 thn 3 bulan..heheh..aku mula sedar bila sorang sahabat cakap dia tak da pencapaian walaupun umur dah nak masuk 24 tahun..aku pun mula terpikir..sama la jugak aku pon...dalam kehidupan aku ni ada 3 perkara penting yg aku pikir..yang first skali family ..esp my mother, secondly, pelajaran n thirdly..kehidupan peribadi..(besar maknanya tu)..ranking diletakkan mengikut peratus undi yg aku buat..bila aku paling banyak spend ruang otak utk berfikir dan kekerapan berfikir tentang sesuatu perkara tu maknanya peratusnya paling tinggi...apa pon yang difikirkan setiap hari..benda tu semua buat aku lebih matang..memang secara naturalnya aku sgt suka berfikir..berangan pon ya gak...tapi kalo tak berfikir buat apa kita ada otak ni..biar aktif skit..so tak cepat nyanyuk...kita mmg senang nak plan tapi persoalannya mampu tak kita nak bertindak dgn plan yang kita buat tu.mampu tak aku agaknya..tapi yg penting kita mmg bertanggungjawab atas stp percakapan dan perbuatan kita..that's the fact!
Apa yang buat aku terfikir tentang family?
Dalam kehidupan aku..yg dah mencecah umur 24 tahun ni..orang terpenting dalam life aku adalah MAK aku..dia sangat special..she could be both..father n mother..ish kalo sebut pasal MAK aku ni..terlalu banyak nak tulis..so terpaksa ditapis2 so tak da la berat sangat nak baca...apa yang aku fikir skarang..cara-cara utk buat MAK hepi, ceria, bahagia n happening di usia 50++ . Perubahan yg berlaku dalam family skit sbyk bg impak thdp cara aku berfikir dan bertindak...rasanya life bertambah menarik dan mencabar..actually aku syok gak tgk jalan cerita life aku masa kecik2..yg tu akan aku tulis dalam post laen...anyway..sebagai anak bongsu..aku dpt tgk sifat abang n kakak aku yg berubah mengikut peredaran masa..diorang ni dah pon menempuh alam kerja..n abg aku of course dah pon kawen..memandangkan aku mempunyai sifat yg suka observe tingkahlaku org..n seterusnya meniliai, secara tak langsung aku cuba berubah kepada 1 bentuk 'aku' yg lebih baek.sometimes, kita buat sesuatu perkara yg kadang2 (atau slalunya) boleh mengguris hati org lain..apa pon bagi diri kita seniri, we've tried our best utk puaskan hati semua org...n kadang2 bila kita dah transform ke 1 life yang baru..kita punya former life sdkt sbyk terlindung..dan kita tak nampak dunia lama kita..subjeknya di sini..kita perlu prihatin..prihatin dgn org sekeliling...prihatin dengan perasaan org lain...berbalik kepada MAK...kenapa bangkitkan isu MAK..sbb di usia dia yg 50++.. aku yakin hati dia lebih sensitif...sometimes she seems to be very happy..vice versa..tapi apa pon yg MAK aku rasa..biarpun sedih atau gembira, mempengaruhi 100% emosi aku..menilai MAK aku dari pandangan mata aku..dia sorang yg tabah, cekal, tak suka berterus terang tentang perasaan (esp bila tersinggung), suka berselindung, n cuba utk bg yg terbaik utk anak2 dia..skg ni aku agak ralat skit sbb tak dapat teman mak aku hari2...hati ni meronta-ronta nak teman..tapi tanggungjawab aku yg belom selesai ni buatkan aku jarang2 dpt teman MAK...tapi aku tgh cuba yang terbaik buat dia happy..walaupun tidak terlalu happy...happy saja pon dah cukup...MAK mmg jenis yg tak berterus terang kalo dia tak suka or tak setuju or tak senang hati...tapi dgn sifat aku yg 1 ni..aku dpt baca hati dia..memandangkan mak aku plak single parent, yg sangat rapat dgn anak2..perubahan yg berlaku dalam family skit sbyk mengganggu emosi dia..cuma apa yg perlu ada dalam hati sorang anak ialah sentiasa cuba utk memenangi hati MAK yg semakin hari semakin sensitif..kalo dia tak tegur tak bermakna dia setuju..bak kata seseorang, kita tak boleh assume tapi kita kena bertanya. Kadang2 aku jugak tertanya..kalo satu hari nanti aku ditakdirkan berkahwin..utk tujuan apa? bagi aku, perkahwinan bukan utk kita hanya hidup gembira dgn org yg kita sayang (i mean wife or husband) but to share the happiness with the whole family members...Dan dgn perkahwinan jugak, bukanlah 1 tiket utk kita mengabaikan perasaan MAK kita yg selama ni sentiasa bersama kita susah senang. Dan aku sgt tidak setuju dengan statement.."MAK bahagia tgk anak2 bahagia''..bagi aku sepatutnya kita kena fikir, ''anak2 bahagia tgk MAK bahagia''..bila kita dah kawen..MAK seboleh-bolehnya tak mau ganggu kehidupan baru kita..maka kita tak sedar..yg ada hati dah terguris..kita tak sedar yang perhatian terhadap MAK pon dah berkurangan..kiranya MAK jatuh ke ranking kedua...aku sangat sedih kalau keadaan ni berlaku..dan pelakunya adalah aku...so, dengan aku melihat sekeliling, memerhati..menilai makanya secara automatiknya aku cuba berubah..aku cuba tak buat janji dgn MAK..sbb kalo kita mungkir...tu lah yg paling sedih skali..aku seboleh-bolehnya nak jadi anak yg taat..cuba faham apa yg dimaksudkan TAK BOLEH oleh mak..dia buakn nak mengongkong tapi dia nak memberi yang terbaik buat kita tanpa kita sedar...lagipun kalo kita patuh dgn apa MAK cakap..kita akan happy..kadang2..dia tak bagi bukan sbb dia nak kongkong, tapi sbb dia risaukan kita, ataupun dia nak bersama kita...contohnya..ada 1 situasi..aku nak p akad nikah kawan, mak aku nak p kenuri sedara n kawan dia..so aku dah plan utk ke nikah kawan aku..MAK pon tak cakap ya tak ..dia cuma cakap ikut suka..aku plak jenis sensitif dgn ayat IKUT SUKA..dari situ aku dpt nilai dr percakapan dia..ada makna yg tersirat...bila aku tny lagi, dia ckp kalau boleh dia nak aku ikut dia p kenuri sedara..so aku faham, MAK aku jenis yang suka jalan bekeluarga..dia seronok bila dpt bawak anak2 skali, p kenuri sedara..or even kenalan dia..tapi kami anak2 yang jarang nak faham kehendak MAK...lagipun sejak ada pertambahan ahli keluarga..kita pon dah tak macam dulu..jarang dpt bercuti n berjalan bersama..tu pon buat MAK terasa..apa yg aku nak cuba buat, selagi mampu, aku akan teman mak aku ke mana saja..setakat nak cancel 'date' tu aku tak kisah..hehehehe..DEMI MAK....

1 comment:

husna said...

full with statemnt..hehhehee. yup..mak.kita sll tak sedar dgn apa y kita buat kat mak.sll ingat tak pa.oke.boleh laa tu..tapi sebenaqnya byk benda yg mak kita terasa.
bila usia makin meningkt. lagi byk masalah dan hal yg kn piker.lagi byak perasaan yg kn jaga.sampai kita rasa bosan nk jaga perasaan org len.
tp mak tetap mak..tetap jd org no 1 kn jaga.kn amik perhatian.kn amik peduli.
sayangi la mak anda..

p/s:kita kn bt kempen sayangi mak anda la arix!!